Chapter 11: Information System
Pengalaman menggunakan MIS
Pengalaman semasa menjalani latihan industri (Politeknik) selama 6 bulan di Lembaga Koko Malaysia.
Sistem ini adalah penting memandangkan sistem maklumat pasaran adalah berhubung rapat dengan sistem pengurusan, prosedur untuk membuat keputusan, analisa maklumat perdagangan, pengendalian terhadap kaedah-kaedah dan data-data kajian pasaran, risiko pasaran dan sebagainya.
Sistem ini boleh digunakan sebagai sistem pemprosesan data untuk kawalan pengurusan dan membuat keputusan dalam penentuan dasar dan strategi pembangunan industri dan program-program pembangunan pasaran. Sistem ini termasuklah pengumpulan data dan maklumat asas industri dan pasaran dalam negara dan juga peringkat antarabangsa di mana sistem ini terdapat dua bahagian iaitu maklumat koko tempatan dan maklumat koko antarabangsa atau dunia.
2. Perangkaan import eksport
- Maklumat-maklumat ini meliputi negara-negara yang mengimport dan mengeksport koko dan produk-produk koko termasuk destinasi eksport, sumber import, kuantiti dan nilai (RM). Data ini akan dikemaskinikan setiap bulan bergantung kepada penerimaan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.
3.Tariff
- Maklumat ini merangkumi tarif untuk koko dan produk-produk koko, bahan-bahan lain seperti gula, garam, susu, buah-buahan, tepung dan minyak dan juga bahan-bahan pembungkus. Maklumat mengenai tarif air dan elektrik juga akan dikumpul.
4. Spesifikasi produk -Maklumat ini akan memasukkan spesifikasi mengenai biji koko, lemak dan serbuk koko.
5. Profil industri koko malaysia -Aktiviti-aktiviti ini akan mengumpulkan dan menguruskan maklumat-maklumat utama industri koko Malaysia serta profail syarikat-syarikat pengeluar, pengeksport, pengisar dan pengilang coklat di Malaysia. Ini termasuk maklumat-maklumat asas syarikat, data pengeluaran, pemasaran dan perdagangan.
6. Insentif
-Aktiviti ini akan mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan dengan insentif yang disediakan untuk industri koko.
7. Profil perkapalan
-Maklumat yang dikumpul termasuklah profail syarikat-syarikat perkapalan yang menghantar koko ke luar negara dan juga pelabuhan tempatan.
8. Kadar pertukaran mata wang -Aktiviti ini akan mengumpulkan maklumat mengenai kadar pertukaran matawang Sterling Pound, US$, Deutsche Marks dan Yen Jepun.
9. Input -Aktiviti ini pula akan mengumpulkan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang membekal, menjual baja, racun dan juga mesin yang digunakan dalam industri koko.
10. Pertanyaan perdagangan -Maklumat ini merangkumi pertanyaan luar negara yang berkaitan dengan industri koko Malaysia.
Maklumat koko antarabangsa / dunia
1. Perangkaan Dunia
Maklumat yang akan dimasukkan adalah perangkaan mengenai keluasan, pengeluaran, pengisaran, anggaran kedudukan harga koko dunia dan perdagangan luar
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat dari negara-negara pengeluar maka ia akan membolehkan analisa perbandingan dijalankan bagi mengukur kedudukan dan tahap kemajuan industri koko di kalangan berbagai negara serta kemampuan dan dayasaing. Malaysia sebagai pengeluar koko berbanding negara-negara lain samada dari segi kos, pengurusan, kuantiti dan kualiti hasil pengeluaran, kemajuan teknologi dan pengetahuan teknikal atau penemuan-penemuan baru dalam industri koko.
Sementara maklumat-maklumat negara pengguna akan membolehkan analisa dijalankan bagi menetahui kedudukan syer Malaysia di pasaran-pasaran berkenaan, pesaing-pesaing Malaysia serta petunjuk-petunjuk pasaran yang akan membantu untuk merangka strategi bagi meluaskan lagi pasaran dan mengukuhkan kedudukan Malaysia.
Data yang dikumpul termasuklah latar belakang, perangkaan koko, input duti, perdagangan koko, profail industri, spesifikasi produk, harga dan organisasi pertubuhan.
Projek-projek yang akan dilaksanakan akan menumpukan negara-negara pengeluar dan pengguna koko Malaysia yang utama.
Maklumat ini merangkumi standard koko yang digunakan di pasaran antarabangsa.
Selalunya data akan dikumpul daripada kajian, surat menyurat, dan pelbagai bahan-bahan terbitan. Data-data dan maklumat-maklumat diformatkan mengikut keperluan samada dalam bentuk jadual, graf atau ringkasan laporan. Ia juga boleh membuat analisa kuantitatif dalam bentuk jadual dan ramalan. Laporan-laporan dari sistem ini juga boleh digunakan dalam menyediakan garis panduan pelaburan dan pengeluaran laporan atau terbitan bersiri.
0 Response to "Chapter 11: Information System"
Post a Comment